Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor

FUNGSI PBPMNS

PERINGKAT PBPMNS

Bahagian Bekas Polis berfungsi sebagai :

  • Menguruskan Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP);
  • Menguruskan Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi kategori pesara;
  • Menyemak permohonan kad pesara dan tempat pengambilan kad pesara;
  • Menguruskan jemputan pesara bagi majlis yang melibatkan agensi kerajaan;
  • Menguruskan aktiviti-akitiviti melibat pesara dan bakal pesara;
  • Menguruskan kursus-kursus kepada bakal pesara; dan
  • Mengadakan lawatan kebajikan dan kematian yang melibat pesara dan bekas polis.

AKTIVITI-AKTIVITI BERSAMA PESARA

Pesara dan bekas polis adalah aset berharga di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam aktiviti pencegahan jenayah sebagai agen mengumpul atau menyalurkan maklumat keselamatan adalah penting bagi mencapai matlamat kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis-majlis rasmi seperti Hari Polis, Hari Pahlawan, Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara dan sesi-sesi perjumpaan dengan pucuk pimpinan Kerajaan atau Pasukan merupakan landasan untuk merapatkan silaturrahim di antara pesara dan Pasukan. Justeru, pesara polis akan terus kekal menjadi sebahagian dari warga Polis Diraja Malaysia.

Scroll to Top