Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor

KEAHLIAN

Kategori Ahli

Ahli-ahli Persatuan ini terbahagi kepada 4 kategori:-

  • Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Ahli Bersekutu Seumur Hidup
  • Ahli Kehormat; dan
  • Ahli Gabungan

Ahli Seumur Hidup

Terdiri daripada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang seperti berikut 

  • Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia
  • Bekas Anggota Polis Tambahan ( EPC ) termasuk Bekas Anggota Pengakap Sempadan, Skuad Hutan, Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq
  • Bekas Anggota Polis Khas ( SC )
  • Bekas Anggota Polis Bantuan ( AP ) termasuk Pasukan Kawalan Kampung ( HG ) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmay di antara tahun 1948 hingga 1963
  • Bekas Anggota Sukarelawan Polis ( PVR )
  • Bekas Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan sebelum tarikh 8 Ogos 1965, bermaustatin dan menjadi Warganegara Malaysia

Ahli Bersekutu

Terdiri daripada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun seperti berikut :

  • Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu selepas 8 Ogos 1965
  • Bekas Anggota Polis Brunei yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu
  • Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang tertera di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Isteri, Suami atau Anak kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup

Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , telah banyak membuat jasa kepada PDRM, PBPM, Masyarakat, Negeri atau Negara.

Ahli Kehormat Persatuan adalah dilantik oleh Jawatankuasa secara jemputan di kalangan individu yang telah berjasa dan menyumbang untuk kebajikan masarakat serta pembangunan Persatuan. Perlantikannya adalah untuk suatu tempoh tertentu tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan Jawatankuasa. Tiada bayaran pendaftaran dan yuran ahli yang perlu dibayar oleh Ahli Kehormat.

Ahli Gabungan

Terdiri daripada persatuan-persatuan yang telah berdaftar di dalam atau di luar negara.

Scroll to Top