Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor

KATA-KATA ALUAN

UCAPAN DASAR PENAUNG PBPM

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MAHIADDIN BIN MD YASIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8
PENAUNG PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA

Salam Sejahtera,

Saya merasa amat bangga dan bertuah apabila diminta memberi kata-kata aluan dan sokongan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) terhadap usaha murni mereka untuk memberi kebajikan kepada ahli-ahli persatuan khasnya dan kepada masyarakat amnya.

Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada PBPM yang melancarkan kempen penambahan dana untuk tabung kebajikan bagi tujuan membiayai segala aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan ahli-ahlinya.PBPM adalah satu badan kebajikan NGO yang digerakkan khusus untuk menjaga kebajikan warga bekas PDRM, para ibu tunggal, balu-balu dan anak-anak kepada bekas warga bekas PDRM. Sesungguhnya ke semua mereka ini perlu diberikan pembelaan sewajarnya dengan mengambilkira pengorbanan dan jasa-jasa anggota yang mengabdikan diri demi memastikan keamanan negara sentiasa terjamin.

Saya difahamkan Ahli PBPM adalah terdiri daripada Polis bersara, Polis tidak bersara, HG, AC, SC, isteri dan anak-anak ahli. Bedasarkan rekod database PBPM, keahlian terkini adalah berjumlah 130,000 orang tidak termasuk 10,000 orang yang terdiri dari isteri bekas Polis SC, Homeguard yang mana telah berkhidmat semasa zaman darurat 1948 lagi. Mereka adalah golongan sederhana dan miskin dengan menerima pencen yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa kini. Ahli PBPM meliputi seluruh daerah di Malaysia.
Berbagai aktiviti telah dirancang dan ada yang telah dilaksanakan demi untuk kebajikan ahli-ahli PBPM.

Adalah tidak dinafikan segala aktiviti berkenaan memerlukan dana yang banyak bagi memastikan kelancarannya. Justeru itu, saya dengan suci hati menyeru dan memohon kerjasama para dermawan dan badan-badan koprat untuk tampil menyumbang kepada tabung PBPM ini. Sesungguhnya sumbangan ini kelak secara langsung akan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ahli-ahli PBPM. Sumbangan ikhlas terhadap usha murni ini, Insya Allah akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah Suhanawata’ala.

Sumbangan para dermawan sekelian memberi makna yang amat besar kepada semua ahli PBPM diatas tanda terima kasih kita terhadap pengorbanan mereka kepada keamanan yang dikecapi sekarang.

Terima Kasih.

UCAPAN DASAR PRESIDEN PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA (PBPM)

new presiden

MOKHTAR BIN OMAR
PENGERUSI
PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya Ingin mengambil kesempatan di sini,merakamkan ucapan terima kasih kepada semua,kerana telah membantu dan memberi sokongan yang padu kepada saya untuk menerajuai Persatuan Bekas Polis Malaysia. Saya adalah Presiden PBPM yang ke 9 bermula pada 21 Disember 2021 yang baru lalu. Dengan usianya yang menjagkau 50 tahun, sepatutnya ia telah jauh melangkah ke kadapan, namun, kemajuannya terbantut beberapa ketika.

Hari ini dengan Azam yang baru, Dengan sokongan keahlian seramai 140,000 orang dari seluruh pelusuk Negara, saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan Hala Tuju PBPM di landasan yang betul, di samping memperkasakan kembali seperti di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

PBPM juga bertindak sebagai sebuah Badan NGO Keselamatan yang terbesar di Malaysia yang sentiasa cuba mempertahankan serta mengekalkan Kenangan serta Kehormatan terhadap mereka-­‐mereka yang pernah berjuang untuk membela dan menjaga Keamanan, Kedaulatan Agama, Bangsa  dan Negara, terutama kepada mereka yang terkorban di medan Perang dan tidak kurang juga kepada yang cacat dan cedera. Penerapan dan nilai kesedaran,

Kefahaman, Keperihatinan dan Pengiktirafan umum kepada perjuangan mereka perlu di beri perhatian, kerana sesungguhnya itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial semua rakyat Malaysia hari ini, yang menikmati nikmat Keamanan, Keselamatan dan Kesejahteraan hidup, dek jasa yang telah mereka curahkan demi anak bangsa pada Hari ini.

Di kesempatan ini juga saya merayu kepada Semua Kementerian Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat GLC, Syarikat-­‐Syarikat Korperat, seterusnya semua Rakyat Malaysia, supaya menterjemahkan sokongan, pengiktirafan, serta terima kasih Dato/Datin/Tuan/Puan dalam bentuk Bantuan dan Sumbangan bagi membantu Mereka-mereka yang telah uzur, Balu-­‐Balu Mereka, dan Anak-anak Yatim mereka yang sedang menghabiskan sisa-­‐sisa hidup dalam keadaan kedaifan. Dengan kerjasama semua pihak termasuk warga PBPM di semua peringkat, saya yakin dan percaya, ianya tidak mustahil akan tercapai dengan mengubah secara total Imej PBPM dan dengan memperbanyakkan bantuan Kebajikan kepada seluruh Ahli dan Masyarakat. 

Kerjasama serta bantuan daripada Dato Sri/Dato-Dato/Tuan-Tuan/Puan-Puan akan membakar lagi semangat kami supaya lebih aktif membantu para ahli dan Masyarakat.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

“MENGENANG JASA PEJUANG NEGARA”

Sekian Terima Kasih.

MOKHTAR BIN OMAR
Presiden
Persatuan Bekas Polis Malaysia

UCAPAN DASAR PRESIDEN PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA NEGERI SELANGOR (PBPMNS)

Tuan Haji Rosli Bin Hashim
PENGERUSI
PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Alhamdulilah , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya.

Saya mewakili semua ahli PBPMNS mengucapkan terima kasih kepada penyumbang samada melalui syarikat ataupun individu yang sudi membantu dan menyalurkan dana kepada PBPMNS selama ini.Kalau tidak kerana jasa Tuan- Tuan dan Puan- Puan manakan mungkin PBPMNS dapat berdiri dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Selangor khususnya kepada ahli-ahli jawatankuasanya kerana telah mempunyai bangunannya sendiri yang tersergam indah di tengah bandar Klang. Bangunan ini akan menjadi mercu tanda kepada PBPMNS untuk lebih kehadapan mengatur gerak langkahnya. Dengan adanya bangunan ini, diharap segala perjumpaan dan majlis -majlis rasmi atau tidak rasmi dapat dijalankan terus di bangunan ini. Selama ini pihak PBPMNS terpaksa menyewa dewan-dewan, bilik-bilik hotel dan sebagainya kerana tidak mempunyai tempat sendiri. Ini akan menelan kos dan masa juga banyak dihabiskan untuk kesana-sini.

Akhir kata saya berharap kerjasama antara pihak PBPMNS, Syarikat-syarikat dan orang awam akan lebih erat. Bantulah pejuang-pejuang negara ini pula kerana suatu ketika dahulu, pengorbanan mereka boleh dikatakan tiada galang ganti dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Mereka berkorban nyawa dan juga keluarga mereka hanya untuk meletakkan Malaysia yang suatu ketika dahulu dipanggil “ Tanah Melaya” sebaris dengan kuasa besar yang lain.

Sekian, terima kasih

Scroll to Top